Ntah nape, tetiba jer aku terasa nk wat sesi belajar loghta Kelantan…mcm loghat negeri2 laen gak, loghat Kelantan memang agak unik…aku pun bukannya terer sgt sbb aku dibesarkan di KL..hins hins tp aku tau gak sikit2 loghat Kelantan…
Kalo korang perasan, byk perkataan Kelantan berasal dari perkataan Inggeris, mungkin faktor penjajah atau mungkin nenek moyang kita dulu berasal dari sana…ahaks…contohnya tilam = lembek yg diambil dari perkataan ‘landback’ yg bermaksud rebah belakang…kona (corner), makgak (mudguard), henda (handle), seta (settle), pleweng (flywheel), stata (starter), saksoba (absorber)…tp ada jgk yg berasal dari perkataan arab spt gula = sakar (sukkar)
Yg membuatkan aku musykil, banyak perkataan yg ntah dtg dari mana…bising = geger, langkah = jakoh, jambatan = ghetok, malu = semey, cetek = tohor, buang = tohok, lembab = betak, cencaru = khonge, tongkol = ayo, cangkung = cokoh, kedekut =kupit, menipu = belawok, sungguh = sengoti, pasti = cerak, botol = jebor, silau = becar, baki = cucur, cangkul = cok, ganas = gaser, boring = puah, tempang = kekcok, tak biasa = kekkok dsb
Ada jgk perkataan Kelantan yg memang takde terjemahan dlm bahasa Malaysia standard spt junga yg membawa maksud mencapai sesuatu yg tidak dpt dicapai dlm keadaan biasa, hapoh yg membawa maksud paras melebihi kepala, jelak yg bermaksud ketidakcukupan yg amat, so’oh atau sesetengah tmpt sebut se’eh iaitu kenyang yg amat dan biasanya ia akan diikuti dgn istilah nyada iaitu tersadai kot…mugo yg smp sekarang masih diperdebatkan apakah sebenarnya ia
Kita biasa mendengar perkataan berganda spt putih melepak atau hitam legam tp dlm loghat Kelantan byk yg korang akan rasa pelik tp ia benar…contohnya putih sepol, rapat jip, tinggi langgut, pendek ketok, kurus kekek, merah mere, biru keto, hijau bekok, kuning ngehe, lembek lotek, jauh jelak, dekat ceh, senyum semewek, kenyang buntal, lapar cerok,manis letting, tawar hebe, masam purit, masin perak, basah jerok, kering garing, hangit letong, panas netup, sejuk senyek berbeza dgn sejuk khejong, kedekut pahit, busuk banga, ketat gelemak, longgar geleh-geleh, hapak benge, geger gegok, senyap dip atau kadang2 senyap tipah…karat ghamak, licin lemung, selerak tabok, sikit tepeh, kemas keming, tenggelam renyak, jatuh belebok berbeza dgn jatuh bokbak-bokbak, timbul boh, keras kekung dan banyak lg perkataan yg tak mungkin aku letakkan di sini…
Nak belajar loghat Kelantan melalui tulisan memang susah sebab sebutan mungkin lain daripada yg ditulis…itu belum kira sesetengah daerah yg mempunyai cara sebutan yg tersendiri seperti Galut @ Cekok dan Mulong yg langsung takde ‘n’ atau ‘ng’ di hujung…kalo sebut kampong, jd kapo…talipon jd talipo, dulu aku kutuk jgk depa tp skrg aku sedar, itulah keunikan loghat Kelantan hehehe ada sesiapa berminat nak belajar ke? hehe leh demam beb, kalo dah demam, leh cepat sembuh atau dlm loghat Kelantannya, sial yg bermaksud sembuh hehe, pelik kan?
12 comments:
kalu nak belajar lebih lagi dengarlah kelantanfm. setiap khamis jam 5petang. kawe kalu nak tulis dlm bhsa kel ni tak berapo reti, takut tulis lain pukul lain "pukul di sini bermaksud menyebut bukan pukul orang deh" heheheh
pukul memang ada byk maksud...pukul berapa datuk harimau? pukul 12...hehe jgn lupa mlm ni Kelate lwn Kedah
tak biasa=kekkok=kekok(melayu standard)..cuma tambah sabdu je
tak biasa=kekkok=kekok(melayu standard)..cuma tambah sabdu je
tak biasa=kekkok=kekok(melayu standard)..cuma tambah sabdu je
tak biasa=kekkok=kekok(melayu standard)..cuma tambah sabdu je
So lagi hok tinggal,
GALOK=tak duduk diam
yg paling unik, bahasa/loghat Kelantan ni mempunyai bunyi sabdu yg dpt memberi perbezaan yg sgt ketara dlm setiap kosa katanya. Kalau sabdu diletakkan pd kata nama tempat, ia bermaksud di atau ke. dan jika sabdu dibubuh pada kata kerja bermaksud "di-... oleh....", ber-, atau menjadi kata kerja bersifat pasif dan sbg. Byk keunikan dlm loghat2 di Malaysia ni terutama loghat Kelantan yg boleh dikatakan sbg loghat universal sebab bukan saja digunakan di Kelantan malah di sebahagian Kedah, sebahagian Terengganu, di wilayah selatan thailand, malah loghat pahang banyak meminjam kosa kata dari loghat Kelantan malahan juga, di Indonesia, terdpt loghat yg hampir sama dgn loghat Kelantan. Wow, dahsyat sungguh loghat Kelantan ni.
Klo bolok?😂
Bkn sial la, sia je org sebut
Comot kan?
Lemung tu apa maksud?
Post a Comment