Sudah lama aku tidak berceloteh di ruangan blog...bukan sedih bukan merajuk tapi hanyut dek arus percutian yang mengasyikkan...banyak cerita untuk dikongsikan...pelbagai peristiwa datang bertindih menjadikan perjalanan hidup ini terlalu indah untuk dinafikan...pengalaman yang mematangkan buat seorang aku...pengalaman yang membuka mata ini untuk melihat dengan lebih jauh...dan luas...
Isteri tersayang telah ditempatkan di SK Tenang Stesen, Segamat, Johor...Jumaat ini genaplah 3 minggu aku berulang dengan keretapi dari Merapoh...dengan masalah batuk yang sudah berusia hampir dua bulan...ini bukan masanya untuk aku merintih ataupun termenung...kadangkala nikmat yang sedikit tidak kita nampak kerana terlindung dek tembok masalah yang sengaja kita besarkan...aku tetap bersyukur, kerana masih bernafas untuk terus menikmati sakit...moga ia menjadi kafarah untuk dosa-dosa yang telah aku laku...moga ia bisa meringankan sakit yang lebih besar di akhirat sana...
Ya Allah, ampunkan hambaMu yang hina ini...kerna rintihan yang tidak mengenal erti syukur...sujudku mungkin tidak sekhusyuk, namun hati ini sentiasa ingin mengingatiMu...dalam setiap nafas yang Engkau anugerahkan...aku akan terus berusaha untuk menghargainya...