Thursday, July 29, 2010

aku baru terasa best gak duk kat dabong ni, pkg dalam sekolah...enitaim aku leh access internet...laju drp streamyx umah aku lagi...alhamdulillah...siap ada perpustakaan mini kat sini, banyak buku ilmiah yang aku leh pinjam...betapa takdir Allah terlalu indah untuk difikirkan...mungkin kerana koordinat aku yang semakin hampir dengan alam banyak mengajar aku untuk lebih bersyukur...jauh dari pekikan kota yang melemaskan...
petang ni mungkin aku akan ke merapoh lagi, lori nak angkut barang malam ni...sedih jgk sebab aku tak dapat ke segamat mlm ni...namun ujian ini nyata terlalu kecil dibandingkan dengan nikmat yang telah aku perolehi...hehe nikmat dapat kahwin terlalu besar untuk dibayar dengan ujian minggu ini...

Wednesday, July 28, 2010

hiduplah seadanya

alhamdulillah, aku baru balik ngeteh kat merapoh...lepas sekolah tadi, aku terus datang sini...petang tadi sempat lagi aku ngajar budak2 pengakap kat merapoh hehe mengimbau kenangan silam...aku semakin pasti untuk meninggalkan merapoh...lusa semua barang2 aku akan diangkut ke dabong, insyaAllah...aku dah dapat rumah sewa kat sana...lepas ni tukar kerakyatan la aku...
Aku sebenarnya tidak kisah walau di mana aku berada kerana aku pernah mendengar satu pepatah 'hiduplah seadanya'...ringkas tetapi mengesankan...
mengapa perlu kita tangisi sesuatu yang tidak dapat kita perolehi? Kesedihan di dalam mengenangnya hanya akan membuatkan kita melihat semua yang kita ada tidak memberi manfaat walau sedikit...hargai apa yang masih ada sebagai tanda kita hamba yang bersyukur...
Di sebalik setiap sela musibah, terselit kasih sayang Allah...dan ganjaran untuk yang mahu berfikir....Dabong bukanlah tempat yang teruk bagiku kerana aku pernah mengajar di Lenjang...Lenjang juga bukanlah tempat yang teruk bagiku kerana itu maknanya aku masih ada pekerjaan...bayangkan kemungkinan terburuk, pasti kita akan bersyukur...
Dunia tidak layak untuk kita tangisi kerana kehidupan bukanlah tujuan yang hakiki...aku bukanlah ustaz atau wali, cita2ku hanyalah sebagai hamba.........

Monday, July 26, 2010

nisfu syaaban

Aku baru sampai p.mas...pening bau durian atas kereta tadi masih lagi membelenggu...namun kugagahi juga jemari untuk merentakkan tari sementara masih ada kesempatan....kat dabong aku masih lagi berstatus penumpang, susah nak dapatkan khidmat jalur lebar...jd ptg ni aku gunakan masa sebaiknya untuk mengupdate blog aku yang dah macam biskut...kejap ada, lama xde...sedar tak sedar, ari ni dah 14 syaaban, bermakna ramadhan semakin mendekat...manusia dengan ragam yang pelbagai pastinya tertunggu2 bulan yang penuh barakah ini...cuma penantian mereka mungkin berbeza dari segi rasa...ada yang tidak sabar, ada yang bersahaja dan tidak kurang juga yang mula resah...ramadhan bagaikan musibah yang meletihkan, bulan yang membuatkan produktiviti kerja semakin menurun dan mungkin sebahagian kita telah terbayang ramadhan sebagai bulan tidur siang...walau apapun interpretasi kita tentang ramadhan, yang pastinya ia merupakan bulan kita...bulan umat manusia...ibarat upah berganda bagi yang bekerja di hari raya, begitulah ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di bulan ramadhan malah jauh lebih daripada itu sebenarnya...dan hanya yang mahu memahami akan memahami...

Aku baru sampai p.mas...pening bau durian atas kereta tadi masih lagi membelenggu...namun kugagahi juga jemari untuk merentakkan

Saturday, July 24, 2010

migrain

Aku baru sampai merapoh...tak larat nak teruskan perjalanan ke dabong...letih siot...dekat aku nak sampai tangkak tadi, ada xdicent...teruk gak tapi aku tak berenti sebab nak kejar masa ke UM...janji dgn prof kul 1.30...lagi sejam setengah....
Sejam jer aku kat UM, terus balik...kat gombak, ada lagi xdicent..innalillah...
Aku sampai Merapoh dah dekat 6.30...perut dah melagukan rentak, kepala pun dah fenin kunang-kunang...aku rest dulu kat Merapoh...esok pg2 lah aku bertolak...
Malam ni geng2 ni ajak minum2...eratkan ukhuwwah...ish, nape skema jer ayat aku malam ni? mungkin letih bawak keta jauh kot...cukup la ntk mlm ni, otak aku dah liat ni...apa2 hal, biarlah gambar yang menceritakan...kepala aku dah makin berat...doakan kesejahteraan palestin

Friday, July 23, 2010

syukur sebelum kufur

aku baru balik dari balai polis...bayar saman, rm1100...adussss....kalau dah bukan rezeki, taik gigi dalam mulut pun leh terkeluar...efisien tol cara kerajaan kutip duit sekarang...
letih drive dari dabong semalam belum hilang lagi...esok kena drive ke kl lak...pastu balik dabong...kalau la ada keta yg leh pandu sendiri...hehehe begitulah manusia, tidak pernah mahu bersyukur...terkadang aku terpikir jgk, bukan satu masalah sebenarnya bini duk jauh, at least aku ada bini...lagi bertuah, aku ada kereta...dan kemampuan untuk mengisi minyak kereta...lebih dalam lagi, aku ada kaki untuk memijak pedal kereta, mata untuk memandu aku...aku ada mulut walaupun selalu membibitkan kata2 yang tidak pernah bersyukur...melaungkah resah setiap kali tertimpa musibah...aku ada otak walaupun tidak pernah berfikir tentang semua nikmat ini...Ya Allah, ampunkan ketelanjuran hambaMu ini...Engkau anugerahkan aku hati tetapi seringkali hati ini bersangka buruk padaMu...Engkau anugerahkan aku telinga tetapi seringkali ia tidak mendengar ayat-ayatMu...terlalu hina aku rasakan diri ini untuk mengaku sebagai hambaMu...tidak sehari pun pernah kulalui hidup ini tanpa dosa padaMu...aku hanya ingin menjadi hambaMu yang bersyukur dan ternyata itu pun aku tidak mampu.....
Seringkali ku bersedih dengan masa lalu, seringkali juga ku merasa cemas menuggu masa depan...sehingga kedua rasa itu seringkali mengganggu kehidupanku pada masa sekarang...melalaikanku betapa aku sebenarnya tidak pernah mengerti walau secubit makna syukur.......

Wednesday, July 7, 2010

sedih @ gembira?

aku masih di sk merapoh...mintak tangguh lapor diri di sk dabong lagi seminggu...orang putih cakap minggu serah tugas...walaupun tak berapa banyak pun tugas aku di merapoh hehehe
esok jamuan perpisahan aku di sini, mcm tak percaya lak aku nak pindah...aku konpius, perlukah aku bergembira atau haruskah aku bersedih di atas perpindahan ini...nyata aku bingung dalam menzahirkan perasaan...cuma satu dalam kepala hotak aku, ini takdir aku dan ke mana pun takdir membawa hidup aku, aku yakin...ia adalah jalan yang terbaik untuk diriku...
jasadku mungkin akan berada di mana2 tapi kenangan di setiap tempat yang pernah ia singgahi, tidak akan sekali2 ia lupakan...lenjang masih segar dalam ingatanku, merapoh baru nak menjinakkan cintanya padaku...tapi aku tahu, dabong sedang menunggu...aku akan terus melangkah, walau dengan payah....aku akan berlari, walau dengan tangan bergari...kerana itulah tugasku, sebagai khalifah di muka bumi...

Saturday, July 3, 2010

hikmah musibah

brazil dah kalah...begitulah lumrah kehidupan...tidak semua yang kita idam akan menjadi milik kita...begitu juga tidak semua yang kita lihat itu yang sebenarnya terjadi...pelbagai kisah di sebalik peristiwa yang tidak kita ketahui...
sebagai orang Islam, wajib kita yakin dengan setiap hikmah yang terselindung di sebalik musibah...kerana itu jalan keimanan...wajib untuk kita sentiasa berbaik sangka terhadap Allah...takdir yang menimpa adalah yang terbaik untuk kita...
agak sukar aku yakin pada mulanya tapi setelah beberapa peristiwa dalam kehidupan, aku mula yakin...betapa musibah yang melanda sebenarnya bukti kasih sayang Allah kepada kita...aku telah melihat begitu banyak hikmah yang tersembunyi...terlalu banyak...
sekarang masa untuk argentina lawan jerman...aku kena berhenti dulu hehe argentina je lagi harapan aku...go messi go

Friday, July 2, 2010

dabonger

dah lama aku tak mencoret di laman sosial ini...aku pun tak tau apa nak dicoretkan di sini...terlalu banyak peristiwa yang tak best berlaku membuatkan aku hilang mood untuk berkarya...chewah...
mancing tak dapat ikan, lawan bola dgn sk teluk gunung pun kalah...memang aku terpaksa melalui zaman-zaman suwey kehidupan remajaku hehehe
satu jer peristiwa penting yang mungkin menjadi sebab utama aku melenggokkan jemari menukilkan isi diari pada kali ini...aku dah dapat bertukar ke dabong atau lebih tepat lagi sk dabong, kuala krai...pedalaman lg huhu aku tak pasti haruskah aku bergembira atau menzahirkan duka...tapi sekurang-kurangnya kakiku telah berpijak di bumi kelantan...aku yakin ada hikmahnya...tidak rugi berbaik sangka kepada Allah...

Wednesday, March 24, 2010

gila-gila orang tua

Ku jejak jalan yang berliku...membara jiwaku memburu impian...akan kutempuhi segala rintangan...ntah apa lagi lirik lagu tu, aku pun dah lupa...tapi dengar lagu tu, terasa diri ini bagai faizal hussein dalam versi paling hensem...hins hins
pengalaman 4 tahun di lenjang cukup banyak mengajarku cara nak baiki motor hehehe tapi itu semua sudah menjadi kenangan yang abadi...nasib baik bau badan yang asli tidak menjadi bau abadi...kalau tidak, meranalah anak-anak gadis di luar sana...mana taknya, depa nak ayat aku...tetiba bau badan menjadi penghalang cinta antara kami...chewah...sebenarnya aku ngantuk, tu yang melalut hehehe
pengalaman itu jugalah mengajar aku betapa ujian Allah adalah sesuatu yang manis...dan tanda betapa Allah menyayangi kita...kepada rakan-rakan yang masih berada di lenjang, teruskan perjuangan kalian...moga kesucian niat kalian menjadi kaffarah kepada amalan buruk kita...dan sebagai langkah pertama, janganlah isi borang tukar hahahaha

Tuesday, March 23, 2010

Bang, Sal dah siap....

Petang ini sekali lagi guru2 lelaki SK Merapoh telah menunjukkan semangat kerjasama yang begitu ikhlas...dan keikhlasan itu ketara apabila mereka masih begitu bersemangat walaupun tanpa kehadiran seorang pun cikgu perempuan hehehe
sehinggakan aku yang pakai semat2 pun dikerah untuk turut sama menyumbang tenaga walaupun aku lebih banyak menyumbang idea dengan mengarahkan orang wat keje hehehe
gotong royong ini diserikan lagi dengan hidangan mihun goreng special hasil buah tangan ustaz nik punya isteri...kalau tiap2 petang macam ni, alamat hancus la program diet aku...dan untuk tidak menghampakan ustaz nik, dua pinggan aku bedal mihun petang ni...alhamdulillah, kegelojohanku telah menyelamatkan mihun itu daripada membazir...
tabik juga untuk sir khairi yang begitu gagah walaupun nyata diwajahnya kedut akibat dimakan anai-anai usia...hehehe

Monday, March 22, 2010

sebuah bangsal uzur

Bahang sukan sudah mula terasa di SK Merapoh...tepat jam 10 pagi tadi, semua guru lelaki telah dikerahkan untuk mempamerkan kemachoan masing-masing di dalam sukan angkat bangsal...dengan tunjuk ajar dari seorang mandur berpengalaman, kami telah berjaya mengalihkan bangsal ke tempat yang lebih selamat...
terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada cikgu widda kerana telah mengabadikan suasana itu di dalam blog beliau...walaupun masih letih bercuti bersama isterinya, beliau telah menunjukkan semangat lakonan yang cukup tinggi...
dan sebagai upah untuk tugas ini, setiap guru lelaki dibenarkan untuk menceritakan kekuatan masing-masing kepada umum...cuma yang aku musykilnya, macamana ada dua orang laki berbaju kurung kat tengah2 jejaka2 perkasa tu? nak enterframe pun, biar la kena dgn majlis...mana ada orang main congkak pakai tudung botol....hehehe

life is nothing more than a lie

Satu ayat, seribu makna...mungkin itulah aku, satu wajah dengan seribu penampilan...dengan penampilan seorang pencuri boleh menyamar sebagai polis...dengan penampilan juga seorang yang zuhud boleh dianggap gila...dunia memang mudah untuk ditipu...
dengan penampilan juga aku telah melukai banyak hati orang yang aku sayang...walaupun ia menjadikan aku lebih matang tapi bukan itu jalan ingin aku jejak...kadangkala aku terfikir, mungkin Allah sengaja ingin menceriakan hari-hari terakhir kehidupanku sebagai manusia dengan ujian-ujian yang membolehkan aku merasai manisnya iman...mungkin juga untuk mengingatkan aku yang sentiasa terlupa jejak ini sentiasa menghampiri kematian...ada hukamak yang pernah berkata "kafaa bilmauti mau'izhotal lak"...cukuplah dengan mati sebagai peringatan bagimu....
kita disunatkan untuk sentiasa mengingati mati...bukan kerna kecewa dengan kehidupan, tapi supaya tidak terus hanyut seolah-olah mati adalah mustahil bagi kita...bekerjalah seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari....kalau ikut kefahaman aku yang bodoh ini, watpe keje ari ni, esok pun leh sebab hidup untuk selama2...mggu depan leh, tahun dpn leh dsb...tapi jom kita beribadat sekarang sebab esok kita dah nak mati........

Saturday, March 20, 2010

konvo eksyen

Alhamdulillah, berkat kesabaran aku melatih dan mengajar, akhirnya bini aku selamat juga menghabiskan ijazah sarjana muda pendidikannya yang melayakkannya bergelar seorang guru...hehe disebabkan keterujaan itu jugalah kami bertolak seawal hari khamis ke KL untuk menyambut konvo bini aku walaupun majlis itu berlangsung bukan di tempat bini aku belajar...sbnrnya dia twinning program dengan deakin university, australia tapi disebabkan bajet ciput, sumer program twinning kena konvo kat putrajaya...hampeh, ingat leh la aku pi melancong...
dan kerna kekecewaan inilah aku tak masuk dalam dewan masa majlis berlangsung hehehe boring sih duk dalam tu...takpe, sebagai rasuah aku telah membeli sejambak bunga plastik lambang cinta sejati dari seorang suami...
dua hari kami lepak kat dynasty hotel...lepas konvo, kami terus ke segamat...petang sabtu sampai segamat, tido hotel lagi...macam orang kaya daa dan sewaktu artikel ini ditulis, aku masih berada di hotel segamat menunggu peluang untuk melakukan sesuatu hehehe esok dah nak balik maa...Merapohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu AKU CABAR KAU!!!!

Saturday, March 13, 2010

cuci 2

Petang tadi Amin mintak tolong bersihkan bangunan tahun 6...nak buat mural baru katanya...dan untuk tidak menghampakan hati Amin yang telah pun dihampakan oleh aku tghari tadi, hehehe aku turun jgk walaupun sekadar enterframe...
mungkin disebabkan ketereran aku di dalam bidang IT, aku telah diberi tugas untuk mengambil gambar mereka di dalam posisi paling hensem untuk dipaparkan di dalam blog...dan jejaka2 yang dahagakan populariti pada petang itu ialah rozini, amin dan che yie hehehe aku tak dahaga populariti, aku dahaga kasih sayang...cheewah...dan gambar aku dalam tu pun sekadar memberikan nafas baru kepada gambar sebab ramai antara peserta lebih suka tayang bontot daripada tayang perut...
begitu pantas masa berlalu, dekat maghrib pun belum siap...nampak gayanya cuti ni tergendalalah kerja2 seni kami ini hehehe Amin cakap dia nak mintak tolong budak sek men...alhamdulillah...
dan semangat seperti ini sepatutnya dicontohi oleh guru2 lain di SK Merapoh...ada yang terus cabut ke kelantan sblm solat jumaat lagi, ada yang ke kl lepas solat jumaat...macam2 lagi la, dan aku? demi tugas dan tanggungjawab, there'll be something to be sacrificed...maybe it's true that we can get anything, but never say everything...coz there's always something we have to left behind...we have to.........

Friday, March 12, 2010

Maulidurrasul 1431 H

Alhamdulillah, majlis maulidurrasul SK Merapoh telah berjaya dilaksanakan dengan suasana yang penuh rahmat...Walaupun memakan masa sehingga dua hari, seakan semua warga sekolah masih begitu bersemangat di dalam setiap slot yang telah dirancang...
Majlis bermula pada hari khamis dengan pertandingan hafazan dan azan yang menyaksikan penyertaan yang begitu menggalakkan daripada semua murid...54 orang calon telah menyertai pertandingan hafazan dan 49 orang murid lelaki telah mengambil bahagian di dalam pertandingan azan...alhamdulillah
Nabi saw bersabda yang bermaksud 'sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'...begitu jugalah harapan kepada majlis sambutan malidurrasul pada tahun ini, semoga ia mampu untuk menjana akhlak warga sekolah ke arah yang lebih baik, insyaAllah...
hari kedua berjalan dengan berselawat beramai-ramai dan diteruskan dengan ceramah oleh al-fadhil ustaz Anuar, seorang ulama' tersohor di Kg Merapoh...
Rasulullah, kami ummatmu...walau tak pernah melihat wajahmu, kami cuba mengingatimu...dan kami cuba mengamal sunnahmu............

Thursday, March 11, 2010

ketawa yang binasa

Hidup ini kadang2 tidak datang seperti yangg kita inginkan...apa yang kita fikirkan baik tidak semestinya sesuai dengan kita...begitulah sebaliknya...
Hukamak ada menyatakan, dunia ini bukanlah tempat untuk kita ketawa sebagaimana akhirat bukanlah tempat untuk kita menangis...namun, manusia sanggup berhabis duit semata-mata untuk ketawa di dunia...aku hairan...makin hairan apabila akulah manusia itu...huhu
'Dunia adalah bangkai dan pengejarnya ibarat anjing2'...itulah terjemahan dari satu pepatah arab...'addunya jiifatun wa thullabuha kilaabun'...agak kasar bunyinya tapi itulah kenyataannya...berapa keratkah di antara kita yang sanggup meninggalkan harta dan keluarga untuk berjihad? sedangkan Allah swt telah mengingatkan kita pada baris2 terakhir surah al-mukminun betapa harta dan anak2 bakal menghalang kita dari mengingati Allah swt...dan orang yang sebegitu akan tergolong di kalangan mereka yang rugi...aku hanya mampu mencoret tapi masih belum mampu untuk mentafsirkan coretan ini ke dalam bentuk amal... alangkah lemahnya iman ini untuk meyakini setiap yang pernah aku pelajari huhu

Tuesday, March 9, 2010

addun'ya mazra'atul akhiroh

Hidup ini sebenarnya penuh dengan warna-warni, bergantung kepada cara kita ingin menikmatinya...jika kita memilih untuk hidup dengan cara yang sukar, sukarlah jadinya...begitu jika kita memilih untuk hidup dengan cara mudah, masalah bukan lagi satu masalah pada pandangan mata kita...
Dunia hanyalah pinjaman, ladang untuk kita menikmati hasilnya di akhirat sana...semakin kita mengejar dunia, semakin ia akan menjauhi kita...tapi semakin kita menjauhi dunia, ketika itulah ia akan sentiasa menghampiri kita...pelik bukan? itulah fitrah kehidupan...
Di dunia ini, cinta diagungkan sebegitu rupa sehingga ramai antara kita yang terlalai...hanya kerna kita alpa kenapa cinta itu dicipta...
Allah swt berfirman "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"...rasanya jelas ayat ini menggariskan tanggungjawab kita sebagai hamba...dalam ayat yang lain Allah swt berfirman "Telah Aku jadikan di muka bumi ini khalifah"...sekali lagi Allah mengingatkan kita akan amanah bumi ini untuk kita menjaganya...
justeru tugas menjaga bumi perlu dilakukan secara berjemaah, maka Allah swt telah menciptakan cinta untuk manusia saling berhubungan di antara sesama...apa yang harus kita faham ialah, cinta bukanlah matlamat tapi hanyalah alat untuk mencapai matlamat...ia juga bukanlah tujuan, tetapi hanyalah jalan untuk mencapai tujuan...lu pikirlah sendiri

featured-content

featured-content

hepi raya haji

hepi raya haji

video-entry

Followers